Thursday, November 7, 2019

Pengenalan

Blog ini akan bercerita tentang pembaca skrin, komputer, telefon pintar dan apa apa sahaja yang berkaitan dengan teknologi bantuan untuk OKU. Saya Ee Beng dan saya berharap Blog ini boleh membantu anda dalam perkara yang dibicarakan dalam blog ini, khususnya Non Visual Desktop Access, Microsoft Narrator, sedikit tentang Android Phone dan juga aplikasi-aplikasi lain yang sedang / telah membantu saya dalam kehidupan seharian.

Sekiranya anda pengguna Apple, JAWs for Windows, atau Linus, atau software pembaca skrin yang lain, anda akan dikecewakan, kerana saya tidak mempunyai ilmu untuk dikongsikan.  Tetapi rakan seblog saya, Ryenaath akan bersama anda untuk meneroka JAWs dan Apple di blog ini juga.  Nantikan Post Ryenaath.

Akhir kata, saya berharap blog ini boleh memberi bantuan kepada anda dalam bidang yang dibincangkan dan sekiranya ia berguna untuk anda, kongsikanlah dengan rakan anda.

No comments:

Post a Comment