Sunday, November 10, 2019

Pembaca Skrin dan Speech Synthesizer

Anda mungkin akan terkejut jika diberi tahu bahawa telefon pintar dan komputer anda boleh membacakan teks yang muncul pada kaca skrin anda. Ya betul. itulah yang berlaku. Fungsi ini adalah salah satu teknologi bantuan (assistive technology) yang dicipta untuk membantu mereka yang mengalami limitasi penglihatan untuk menggunakan komputer dan telefon pintar. Teknologi ini dipangil Pembaca skrin, dan ia sebenarnya telah dihasilkan pada abad ke 20 lagi.

Pembaca skrin secara umumnya merupakan perisian yang menterjemahkan perkataan, elemen (seperti gambar, pautan, dll) dan juga imput (seperti menaip, dan klik) kepada output suara melalui teknologi Speech synthesis atau enjen Teks kepada suara (Text to Speech) TTS Engine, dan juga output braille. Dalam erti yang lain, pembaca skrin membantu membacakan apa yang muncul pada skrin dan membolehkan pengguna membaca dalam bentuk brailld. Speech synthesis pula merupakan suara manusia buatan yang boleh digunakan dalam hardware dan software bagi tujuan tertentu. Profesor Stephen Hawking merupakan salah satu contoh yang jelas bagaimana speech synthesis membantu beliau mengatasi kesukaran dalam pertuturan.

Tahukah anda, Hatsune Miku merupakan Synthesis bernyanyi yang menggunakan suara cik Saki Fujita, seorang penyanyi dan pelakon suara Anime dari Jepun!  Anda boleh membaca lebih lanjut tentang Hatsune Miku di sini.

Pembaca skrin juga mempunyai 'Brand' yang berbeza. Antara yang paling popular di Malaysia adalah JAWs for Windows oleh Freedom Scientific dan Non Visual Desktop Access oleh NV Access bagi Komputer. Secara umumnya, setiap pembaca skrin dilengkapi dengan speech synthesizer tetapi synthesizer ini boleh ditambah mengikut kegunaan dan kesesuaian penggunanya. Sebagai contoh, NVDA boleh menggunakan speech synthesizer yang sedia ada di dalam Windows dan juga suara yang digunakan oleh JAWs. Dengan menukar tetapan Speech Synthesizer, pembaca skrin juga mampu membaca dalam bahasa yang berbeza dengan fasih. Antara speech synthesizer yang popular termasuklah Eloquence yang digunakan oleh JAWs dan Windows Eye, eSpeak yang digunakan oleh NVDA, Google TTS Engen yang digunakan oleh Talkback di Android, dan (Microsoft API / Windows Core Voices yang digunakan oleh Windows.  Synthesizer akan juga dinilai melalui kejelasan bacaannya, kelenturan suaranya yang menyerupai manusia dan juga kemampuannya untuk membaca dalam kelajuan yang tinggi. Oleh yand sedemikian, sesetengah synthesizer lebih digemari oleh pengguna, seperti Eloquence dan Microsoft API yang bukan sahaja jelas malahan seakan akan pembaca manusia.

Kepada anda yang berminat untuk menghidupkan pembaca skrin di Komputer anda, khususnya Windows, anda boleh menekan CTRL + Win + Enter. Symbol + bererti anda perlu menekan kesemua kekunci yang disebutkan serentak.  Untuk Telefon pintar Android pula, anda boleh menghidupkan pembaca skrin anda melalui tetapan (setting) dan seterusnya accessibility setting, dan kemudia Talkback. Amaran, sekiranya anda menghidupkan Talkback, telefon pintar anda akan dikendalikan dengan cara yang berbeza.

No comments:

Post a Comment